Friday, July 29, 2011

~Ramadhan Datang Lagi~

Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi
Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih,cselawat dan tahmid suci.
Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.
Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.

Saturday, July 16, 2011

Dugaan Cinta Jarak Jauh

PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya. 

 

Bayangkan si dia bertugas nun jauh di selatan tanah air sedangkan anda pula di utara. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.
- Percaya pada pasangan
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.
- Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?
- Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
- Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.



Friday, July 15, 2011

~KAWAN,SAHABAT,TEMAN,'~

Rindu pada kawan-kawan…
Rindu pada sahabat-sahabat…
Rindu pada insan yang boleh digelar TEMAN…

'KAWAN'
Apa makna kawan???
Ramai diantara kita mempunyai kawan tak kiralah lelaki mahupun perempuan
Tapi kalau dinilai atau ditaksifkan , manusia disekeliling kita lebih ramai memiliki kawan yang berlainan jantina seperti contoh: perempuan lebih cenderung memiliki kawan lelaki dan begitu juga sebaliknya. 
Tetapi ramai juga bersetuju memiliki kawan berlainan jantina , atau "just a friend" kerana kadang seseorang individu lebih senang berkawan dengan jantina yang berlawan dan kadang kala lebih memahami dari kawan yang sama jantina.Kenapa ? dan mengapa? . Memang best kalau memiliki kawan seperti itu , kekadang kita lebih selesa keluar berbanding Teman istimewa.
Tapi tidak dinafikan dalam istilah "kawan" kekadang wujud satu perasaan sayang dalam persahabatan tersebut. Sebab "kawan" itu lebih memahami anda berbanding orang lain dan kemungkinan besar juga "kawan" boleh menyebabkan perasaaan cemburu sekirannya kawan kita sudah memiliki kekasih , dan kadang - kadang dia akan merasakan sunyi , yerlah.. dulu bila lepak , gelak bersama , makan kat mamak bersama tapi tiba - tiba dah jadi sunyi sebab "kawan" dan ada kekasih . seperti contoh cerita My Heart anda semua mungkin pernah melihat cerita My heart kan.


Dan ada juga satu kes dimana kawan telah memendam perasaan sayang . Kadang kita tidak tahu , dan kita sering melihat jauh dihadapan sedangkan orang yang selalu bersama kita itulah yang sebaik mungkin menjadi teman istimewa , ini seringkali terjadi dalam perhubungan "Kawan" .

'SAHABAT'
Adakah sahabat tu kawan masa kita senang saje? Ataupun apa?
Bagi saya, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh saya panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain?
Manusia hidup di dunia ini semuanya mempunyai sahabat. Boleh dikatakan tidak seorangpun manusia yang tidak memiliki sahabat walau mereka dari kaum yang ketinggalan dalam serba serbi kemodenan sekalipun. Namun apakah erti sahabat itu.
Nilai persahabatan
Ujud sesuatu di dunia ini mengandungi hakikat. Pengkajiannya dinamakan mengkaji hakikat. Dan ilmu yang didapati dinamakan ilmu hakikat. Maka apakah hakikat dan nilai persahabatan?
Nilai persahabatan sebenarnya diukur sejauh manakah kesejatian persahabatan.Nilai persahabatan sebenarnya diukur sejauh manakah kesejatian persahabatan. Apakah kita sanggup berkorban untuk sahabat. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup berkorban untuk sahabatnya. Sahabat sejati adalah sahabat yang sama-sama ketawa dimasa senang dan juga sama-sama menangis dimasa susah. Semasa senang, kesenangan dikongsi bersama dan semasa susah ia juga dikongsi bersama. Pokoknya sahabat sejati adalah penghibur ketika senang dan susah.
          Seorang sahabat sejati akan sentiasa memerhatikan tingkah laku sahabatnya. Ia tidak akan membiarkan sahabatnya hidup di dalam kesesatan. Sahabat sejati adalah menjadi mata dan telinga sahabatnya. Sahabat sejati tidak akan merasa senang dan tidak tenteram hatinya jika sahabatnya hidup didalam kesusahan atau kemaksiatan.

'TEMAN'

bagi diri aku teman adalah sebahagian hidup aku...ibarat tanpa teman dunia aku akan terasa sunyi dan sepi..tambahlagi aku tidak biasa dengan keadaan yang sebaliknya kerana bagi diri aku terasa kosong dan tidak ada makna..tanpa teman buat kawan bercakap..bagaikan bisu sepanjang hidup..tentu waktu kita berteman biarlah ada kejujuran bukan ada motif disebaliknya..dan jangan harapkan balasan jika telah menolong secara sengaja atau tidak..insya'allah ALLAH akan membalas dengan cara ALLAH sendiri..jangan mengharap nanti kecewa kerana tidak dapat "balasan" dari atas perbuatan kalian..belajar bersikap redha..kadangkal kita disedari bahawa atau jika kita terlepasa dari bancan atau malapetaka..itu kerana kebaikan kita pada umat manusia..bukan kita belajan dengan wang ALLAH akan membalasnya dengan wang juga..cuba renungkan seketika..jika wang dibandingkan dengan nyawa..mana satu kalian pilih?hanya kita sendiri boleh jawab pertanyaan itu...kalau aku wang boleh dicari tapi nyawa hanya diberi sekali di dalam hidup kita...buatlah pernilaian sendiri..bagi diri aku pula dan apa yang aku pelajari..apabila seseorang datang ke rumah dan kita melayani tidak kira beri makan ataupun tidak..katanya mereka membawa dosa-dosa kita keluar....dan harus ada keikhlasan juga..pastinya pelung sebegini aku ikuti..aku bukan lah orang yang berilmu tinggi dalam agama tapi sekurang-kurangnya aku dapat membuat yang kecil-kecil itu..kata sikit-sikit menjadi bukit...

di zaman kanak-kanak, kita berfikir kalau seorang teman yang baik adalah teman yang meminjamkan krayon warna merah ketika yang ada hanyalah krayon warna hitam.
di zaman persekolahan, kita lalu menyedari bahawa seorang teman yang baik adalah teman yang mahu menemani kita ke tandas, menggandeng tangan kita sepanjang koridor menuju kelas, membagi makan siangnya dengan kita ketika kita lupa membawanya.
di zaman remaja, kita merasa kalau seorang teman yang baik adalah teman yang mengajak kita memboceng motosikal barunya, meyakinkan orang tua kita kalau kita boleh pulang malam sedikit, atau mahu mendengar kisah sedih saat kita putus cinta.
di masa berikutnya, kita melihat kalau seorang teman yang baik adalah teman yang selalu ada terutama di saat-saat susah kita, membuat kita merasa aman melalui masa-masa seperti apa pun, meyakinkan kita kalau kita akan berjaya dalam apa jua yang kita usahakan.

dan seiring berjalannya waktu kehidupan, kita menemukan kalau seorang teman yang baik adalah teman yang selalu memberi kita dua pilihan yang baik, merangkul kita ketika kita menghadapi masalah yang menakutkan, membantu kita bertahan menghadapi orang-orang yang hanya mahu mengambil keuntungan dari kita, menegur ketika kita melalaikan sesuatu, mengingatkan ketika kita lupa, membantu meningkatkan percaya diri kita, menolong kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik, dan terlebih lagi... menerima diri kita apa adanya...